Monday, 14 November 2011

Sesuatu tentang kau.

 

 Aku tak pernah melihat orang sebaik,selawak,sesweet,secomel engkau.Kau melayan diriku seperti seorang tuan puteri walaupun kite baru kenal di Facebook dan di sekolah. Kau senior aku, umur kau same dengan umur kakak aku tapi kakak aku tidak sama sekolah dengan kita berdua. Kita pernah selalu lepak bersama, berjalan bersama, bergembira bersama sampai orang ingat kita berdua berpasangan. Masa kau single, kau selalu mesej aku, minta tolong dekat aku dan banyak lagi. Aku pernah couplekan kau dengan seorang teman sekelas aku walaupun pada masa itu aku dah mula menyukai diri kamu. Makin lama korang berdua couple makin lama aku mencintai kamu. Tetapi hubungan korang berdua tidak kekal. Seminggu selepas kau clash dengan teman sekelas aku, kau couple dengan senior aku juga iaitu seorang gadis tingkatan 4. Aku mendapat tahu perkara ini di laman sosial iaitu Facebook. Setelah sebulan tidak membuka Facebook, pada hari pertama aku buka dan mengetahui yang kamu sudah berteman. Aku sungguh terkejut, hati aku hancur sangat-sangat,pecah berkecai. Aku menahan diriku supaya jangan mengeluarkan air mata, setelah sampai di sekolah aku duduk di bangku yang berada di kantin sekolah dan gagal menahan air mata daripada membasahi pipiku ini.Kawan-kawan aku melihat aku lalu terus lari kepada ku, bertanyakan kenapa aku menangis dan menyuruh aku berhenti menangis dan bersabar.



 Mulai hari itu aku mengelakkan diriku daripadanya,dia jugak tidak lagi berSMS dengan aku. Apabila terserempak dengannya, aku melarikan diri. Aku tidak mahu bersemuka dengannya kerana aku sudah beribu kali menangis kerananya. Aku menahan diriku daripada berjumpa kau. Tetapi semakin kuat aku mengelakkan diri aku daripada kau, semakin dalam rindu aku dekat kau. Aku KELIRU.. Adakah aku masih mencintai diri kamu? Adakah aku masih menyayangi diri kamu? Cinta ini membuat aku keliru. Cinta ini kadang-kadang menyakitkan hati aku.Kau ada semua ciri-ciri lelaki pilihanku tetapi ADAKAH KAU MENCINTAI AKU SEPERTI MANA AKU MENCITAI KAMU?  



Memang aku seorang penakut kerana jika aku cakap aku suka kau, hubungan persahabatan kita akan putus. Aku cuma takot hubungan itu putus, sekali ia putus selamanya aku akan sedih. Aku terlalu menyayangi dirimu. Sekarang aku hanya rapat dengan kau macam orang baru kenal.That is AWKWARD MOMENT. 

No comments:

Post a Comment