Ada benarnya mungkin aku terlalu berharap dekat kau itu mungkin kerana aku terlalu menyayangi diri kau.. SEMUA perkara mesti je ada perkataan MUNGKIN. Sesetengah ayat tidak memerlukan perkataan itu.. Ada benarnya aku mencintai diri kamu, ada benarnya aku membenci diri kamu. Aku tidak mengerti apa maksud cinta. Adakah cinta itu akan membuat manusia itu sedih ? Atau adakah cinta itu membuat manusia itu gembira? Aku ingin juga mencintai orang lain selain daripada kau tetapi keadaan seperti tidak mengizinkan. Jikalau aku tidak mencintai seseorang aku akan terasa seperti diriku mempunyai lubang yang kosong. Ia akan membuat diriku tidak selesa dan aku mesti akan teringat kepada kau. Aku tahu kau bukan milikku dan kau pun tahu aku bukan milikmu. Siapakah aku bagi dirimu? Maafkan aku jikalau diri ini ada menyakiti diri mu.
Saturday, 19 November 2011
Siapa diri ku ini bagi diri mu?
Aku bukan permainan, aku bukan teddy bear, aku bukan anak patung untuk kau luangkan masa ketika kau tidak berteman. Kau tinggalkan aku sendirian ketika kau sudah berteman. Kau lupakan aku. Kau tak pedulikan aku lagi. Bila kau sudah putus hubungan dengan kekasih kau, kau ingat pula dekat aku. Kau ambil berat tentang aku. Tetapi kenapa kau perlu mempermainkan aku? Apa yang telah aku lakukan sampai kau perlu mempermainkan aku? Kau kata aku kawan kau tapi kenapa bila kau dah ada kekasih ,kau lupa kawan? Aku suka, sayang dan cinta dekat kau tapi kenapa kau perlu membuat aku macam ni? Kau perlukan aku masa kau susah tapi bila kau senang kau lupakan aku. Janji kau pula, kau janji dekat aku yang kau akan belanja aku macam-macam selepas kau mengambil peperiksaan besar, lepas tu kau cakap kau mungkin belanja aku bila kau dah habis masuk PLKN. Lepas PLKN , apa pula? Universiti? Lepas kau dah kerja? Kau cakap dekat aku jangan risau. Macam mana aku tak risau, janji kau boleh percaya ke? Bukan aku terlalu berharap pada kau tapi aku nak kau buktikan yang semua lelaki tidak sama. Kebanyakkan perempuan kata semua lelaki sama je. Sebab tu aku nak kau buktikan yang kata-kata mereka kurang tepat. Kalau kata-kata itu benar dan tepat bermakna kata-kata aku tidak rugi dan tidak untung cuma biasa sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment